Thursday 6 April 2017

ALTERNATIF RAWATAN HAND FOOT MOUTH DISEASE (HFMD)

Assalammualaikum& Salam Sejahtera😊

Baru-baru ini banyak kes HFMD didapati di negara kita kan.Anak jiran zue juga terkena tempias ditaskanya. Aduhai, Tahukah anda,APA ITU HFMD?

HFMD ini adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease (penyakit tangan, kaki dan mulut). Ia disebabkan oleh jangkitan Virus, iaitu coxsakievirus A16 yang termasuk dalam kumpulan Enterovirus. Sebenarnya jangkitan virus coxsakie ni boleh terkena kepada sesiapa sahaja, tetapi yang kebiasaannya adalah kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah. Selalunya HFMD ni mudah berjangkit terutamanya apabila anak-anak berada di taska, sekolah ataupun taman permainan.


Nak Tahu?
HFMD ni tiada ubat yang spesifik untuknya. Kebiasaannya doktor akan bagi ubat-ubat sapu untuk ruam, ubat demam, ubat ulser sekiranya ada ulser di dalam mulut atau lain-lain untuk membantu Dan mengurangkan simptom pesakit. 

Kebiasaannya HFMD ini akan mengambil masa sehingga seminggu untuk sembuh dengan sendirinya disebabkan ia dari virus, InsyaAllah individu mengalaminya akan membina immuniti terhadap virus tu dan akan beransur sembuh. Oleh itu,apa yang perlu kita lakukan adalah membantu meningkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut di samping kuarantinkannya supaya tidak berjangkit dengan kanak-kanak lain


Apa itu Virus HFMD?

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. 

HFMD adalah sejenis wabak dan ia berlaku pada sepanjang tahun. Pada 11 Ogos 2016 yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai status terkini wabak HFMD ini di Malaysia.

Sumber

: http://www.moh.gov.my

: https://kpkesihatan.com/2016/08/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-ogos-2016-situasi-semasa-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia/


Simptom-simptom HFMD

😰Demam

😰Sakit dalam mulut

😰Ruam seperti melepuh (blisters) di tapak tangan dan kaki

😰Sakit tekak

😰Kurang selera makan


Bagaimana HFMD ini menular?

HFMD ni sangat mudah berjangkit taw.Ianya boleh berjangkit melalui sentuhan dengan hidung dan tekak ataupun daripada najis orang yang dijangkiti selalunya. Waktu yang perlu dikuarantinkan adalah 3-7 hari sebelum simptom keluar selepas bersentuhan dengan orang yang dijangkiti.


Langkah Pencegahan Mengelak HFMD

Apa yang paling penting adalah menjaga kebersihan:

👍Tutup mulut dan hidung apabila anda batuk atau bersin
👍Basuh barang permainan anak secara kerap dengan air panas yang bersabun, terutamanya apabila bersentuhan dengan air liur
👍Mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
👍Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
👍Elakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
👍Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
👍Kuarantin anak, jauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Cara Rawatan Semulajadi HFMD

Oleh kerana HFMD ini adalah jangkitan virus, maka apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut.Antaranya;

👍Epsom Salt
Gunakan air rendaman epsom salt ini untuk dibuat mandi menurunkan sigh panas

👍Sup Tulang/ayam
Hidangkan anak dengan sup rebusan tulang/ ayam dengan campuran makanan antiviral contohnya bawang putih yang banyak.

👍Perbanyakkan makanan antiviral
Peppermint, bawang putih, bawang merah, kunyit, habbatussauda juga adalah antara antivirus

👍VCO( Minyak Kelapa Dara)
Sapukan pada jangkitan kulit. Minyak kelapa dara itu juga boleh dibuat minum

👍Rebus pakaian dan mainan
Pakaian dan mainan anak-anak hendaklah direbus bagi mematikan sebarang virus dan bakteria yang ada

👍Cuci lantai rumah
Cuci lantai rumah dengan dettol ataupun campuran cuka epal dan tea tree oil

👍Pengambilan makanan yang kaya Vitamin C&Perbanyakkan air
Beri anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C Dan berikan anak minum air yang banyak.Tembikai adalah yang paling baik diberikan pada anak kerana selain membekalkan serat, cecair, manis ia juga bersifat menyejukkan mulut anak anda. Kalau ada kesempatan boleh beri homemade ice-cream,agar2 Dan jus daripada jus buahan segar, kurma ataupun apa sahaja tanpa gula untuk memberi kelegaan kepada mulut anak yang tengah berbisa (ini boleh dilakukan jika anak tidak alah pada makanan sejuk).Kalau boleh bukan berikan aiskrim biasa yang dijual dikedai tu ye, itu banyak sangat gula, gula adalah makanan untuk virus, nanti virus semakin kuat, anak semakin lemah.

👍Air Kelapa dan air barli
Air kelapa dan barli adalah antara antivirus semulajadi

👍Madu dan jus delima
Berikan anak madu dan jus delima kerana ia adalah antara remedi untuk ulser mulut

👍Elakkan makanan berminyak&masam
Elakkan makanan yang berminyak dan berempah kerana menambah rengsa dan berasa panas pada kesan melepuh dalam mulut mereka dan Elakkan minuman dan makanan yang masam kerana membuatkan rasa pedih pada kesan melepuh dalam mulut anak anda. 

👍Pastikan kawasan yang Luka Dan melepuh lembap.
Anda boleh sapukan Krim atau melegakannya denga petua-petua lama seperti bedak sejuk diicampur dengan daun bambu hancur atau bedak sejuk dicampur aloe vera

👍Kawal Suhu Panas
Buka semua baju dan seluar, tinggalkan pampers atau cloth diapers atau memadai seluar pendek@ baju yang tipis supaya suhu badan anak terkawal. Biasanya demam biasa akan berlarutan ke beberapa hari hingga semua bintik-bintik dalam mulut pecah.

Shaklee Membantu Merawat HFMD?BETULKAH?InsyaAllah😊..Supplement Shaklee Adalah daripada bahan semulajadi sesuai digunakan untuk kanak-kanak Dan seisi keluarga.

Antara supplement yang dicadangkan untuk HFMD ialah:


💖Nutriferon 💖 untuk kuatkan sistem imun badan di samping mengaktifkan interferon badan. Interferon merupakan protein yang dilepaskan dalam badan kita untuk mengekang replikasi virus di dalam badan. 

💖Meal Shakes💖 adalah multivitamin dan mineral dalam bentuk serbuk yang membantu lengkapkan nutrisi anak yang tak lalu nak makan. Kita boleh memberikan Meal Shakes ini untuk memberikan anak tenaga dan nutrien pada waktu anak tak mampu nak makan dengan sempurna kerana susahnya nak menelan.

💖Herbal Blend Cream💖 untuk kegunaan luaran pada blisters di kaki, tangan dan sekitar mulut bahagian luar. Krim ni bagus untuk kurangkan kegatalan dan rasanya sejuk-sejuk berangin yang boleh bantu anak kurangkan menggaru dan menyebabkan ruam lebih teruk.

Testimoni,



Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda tentang penyakit HFMD. Gembira dapat membantu.Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya:

Your Trusted SID,
Zue
0122622970

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page